Tuesday 24 April 2018


Mari amalkan gaya hidup sihat macam UPIN & IPIN ;)


TIPS GAYA HIDUP SIHAT



“Create healthy habits, not restrictions.”

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.


Anda boleh ikuti tips-tips yang dikongsikan di bawah ini untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat dan keluarga yang ceria.
.
.
Amalkan?

1. Pemakanan yang seimbang & berkhasiat



Piramid Makanan Malaysia 
    Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan seperti karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air dan serat mengikut kadar yang bersesuaian.

    Elakkan selalu makan di luar kerana makanan di luar banyak menggunakan bahan perasa yang berlebihan seperti MSG yang boleh memudaratkan tubuh badan. Selain itu, makanan di luar juga kebiasaannya mempunyai minyak yang berlebihan berbanding masak dan makan di rumah. Kerana di rumah, anda boleh mengawal sukatan minyak untuk masakan anda dan keluarga.

    Anda juga harus mengurangkan pengambilan minuman yang berkarbonat kerana minuman seperti ini mengandungi kadar gula yang tinggi dn tidak membawa apa-apa kebaikan pada tubuh badan.
    
      Untuk itu, anda boleh melebihkan makan buah-buahan yang asli dan mengandungi serat dan vitamin yang sesuai untuk badan anda.

2. Bersenam


   Nak sihat kenalah rajin-rajin bersenam. Bukan susah pun bersenam ni. Asalkan kena ada semangat yang kuat dan tekad yang tinggi. Berjoging boleh, berbasikal boleh, beryoga pun boleh kalau anda tak nak keluar rumah.

       Anda juga boleh bawa ahli keluarga anda untuk sama-sama bersenam dan mengeluarkan peluh dari tubuh badan. Bukan sekadar dapat meningkatkan tahap inumisasi badan, malah dapat juga mengeratkan hubungan anda dan keluarga.

     Jika anda sibuk bekerja, anda boleh lakukan senaman ringan di awal pagi sebelum kerja atau selepas pulang kerja. Amalan yang sihat ini dapat membantu badan anda mendapatkan minda yang cergas dan badan yang sihat.




3. Minum air secukupnya





      Untuk dapatkan badan yang sihat, badan memerlukan air yang secukupnya. Bukan air manis atau berkarbonat, tapi air kosong atau air masak yang membolehkan badan pemprosesan di dalam badan berjalan dengan lancar.

       Selain itu, anda juga boleh amalkan minum jus buah-buahan tanpa gula untuk menambahkan vitamin dalam badan. Seeloknya anda buat sendiri jus tersebut berbanding beli di kedai.